Friday, January 30, 2009

What Gender is my Brain????

Your Brain is 67% Female, 33% Male
Your brain leans female
You think with your heart, not your head
Sweet and considerate, you are a giver
But you're tough enough not to let anyone take advantage of you!


p/s: hehe.....sesaje je.....ntah betul ke x ?????

SeMaNGaT aSeMeNT

Salam....

yehaaaa....aku da blk dr Sandakan....
percutian yg best....
tp suma gambo xleh nak upload sbb suma kat ana lagi....
abis sakit pinggang aku asik duk dalam bas je dgn jalannya yg bengkang-bengkok gitu...
huhu.....seram....
skg cuti da abis.....
it's time to pulun utk siapkan asement......
bahan da ade tp nak menyusun utk dijadikan asement yg cun tu yg pening.....
uhuhu....
sem ni kebanyakan asement nak di buat mcm journal.....
pengsan2..........
arap2 den leh buat yg terbaik utk sem ni
sbb suma 3 krdit, kalu satu subjek dpt teruk abisla pointer....
so mmg kena buat yg terbaik utk suma subjek...
yeah!!!!!!!!!
InsyaAllah....

Saturday, January 24, 2009

Jom jejalan!!!

Salam....

esok daku akan berangkat ke Sandakan with ana.....akan tinggal di umah dayang maybe sampai selasa....
rabu pagi bertolak ke kk & tido smlman kat umah pakcik den kat KK....
khamis pagi bertolak balik ke Labuan tecinta...
InsyaAllah....smg semuanya berjalan spt yg dirancang....
walaupun rase excited gile nak berjalan tp still risau....
asement byk gile nak kena submit + nak siapkan proposal
harap2 khamis until isnin depan smpat den pulun utk siapkan asement semua.......
hehe....harap2 le.....
Doakan aku selamat pergi & selamat kembali....eceh....
smg percutian kali ni merupakan percutian yg bes dan asbestos.....
keh3....poyo je........

TaGGeD DaRi FiRa....

1. Do you think you're hot?

huhu.tak pun....lg satu.....apa ek kriteria utk mnjadi hot???heheh

2. Upload your favorite picture of you!


3) Why do you like that picture?


yg gambo bwh tu plak aku ska krn agak sentimental value ckit...hhehe....kakak aku yg amik....gambo tu adalah candid...aku x prasan bila dia snap, bile2 transfer dkt kom tgk ade plak...dan agak nampak sedikit cun..wakaka...perasan

4) When was the last time you ate pizza


masa cuti sem bln 6 ari tu....mak ngan abah gi kursus....jd kami pun ronda2 kat Plaza Alam Sentral smbil mkn pizza, semalamnya br makan mc'd....ish3...manalah tak sehat badan...heheh

5) The last song you listened to?


M.Nasir....Di balik cermin mimpi....i mmg minat lgu2 klasik ni..lagi2 lirik2nya yg puitis gitu...heheh

6) What are you doing right now besides this?


bru lpas mandi dan basuh baju...

7) What name would you prefer besides yours?


namaku ni le...hehe....walaupun org kate nama aku klasik...tp x kesahlah kan..i'm happy with my name...heheh

People To Tag :

1) Djah SAMTAJ
2) Nurul
3) Jenur
4) Pah wani
5) Oma miss ubi kayu

p/s...cik ana ku syg...kali ni den tak tak tagged hang sbb fira da tagged..jd sama je...hehe...nnti lain kalu aku tagged hang....

8) Who is number one?


Djah...kwn ms sek kat Seklah Agma Men. Tg ampuan Jemaah dulu...hehe...den ade sejarah ngan die....haha...ingat x djah????keh3....tp xpe...skg ni masing2 da lupa da....pengalaman kan mengajar....x gitu???heheh

9) Number three is having a relationship with?


wahahah...ntah...Jenur....sapa???

10) Say something about number five?


suka buat lawak ngan suka menggunakan nama ubi kayu...

11) How about number four?


She is my prend ms dip dulu....dr sem 1 kami da berkawan....selalu makan magi + minum nescafe + berjaga utk study sesama....dulu suka gile die lagu sebuah pertemuan UNIC...ari2 karaoke sesama...heheh....she is nice person....pandai + kreatif ngan suka wat lawak gak...miss her....

12) Who is number two?

Nurul...my classmate... comel orgnya.......

Saturday, January 17, 2009

S.A.H.A.B.A.T

TIPS ERATKAN PERSAHABATAN

"Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya
mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu
pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.


""Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."

Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.

Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...


SUMBER: http://ukhwah.com

artikel yg baik....
peringatan utk diriku jugak dalam bersahabat.....
smg ukhuwah yg terbina kekal selamanya.........
I luv all my Prend......

~ Semangat sukan~ plus result MUET

Salam....

Sabtu dan ahad lepas aku duk membusykan diri dgn menyertai Kejohanan Olahraga universiti aku....
keh3....punyele excited.....aku masuk lontar peluru....tp oleh krn xde kepakaran & 1st time main so of courselah kalah kan.....heheh....
mmg enjoy dua ari 2.....walaupun kos kami kalah....tp aku
ttp rase bangga sbb semangat yg ditunjukkan oleh setiap bebudak kos aku amatlah tinggi......
kalu ade award utk kos paling ceria of courselah kos aku yg mnang....hehhe....perasan.....
tp i'm happy dgn ukhwah yg terjalin antara setiap bebudak kos a
ku.....sumanya sporting.....rase cam rapat sgt antr satu sama lain........
harap2 ukhwah ni kekal selamanya.........


ni le antara gambar2 yg sempat aku snap....

muke2 excited

si didi berbaju pink dan berpayung pink....sempoi

xde reason napa gambo ni terbalik...hehe...tp lihatlah aksi seorang pelontar peluru profesional itu....penuh gaya....keh3


bergambar bersama atlet2 HE 23


posing jgn x posing


huhu...result MUET da kuar ari tu.....keh3....walaupun bkanla satu result yg bole dibanggakan.....tp as long x kurang dr adik aku...oklah kan...hehhe...aku bertarung ngan adik aku utk mUET kali ni.....dan selamat resultnya kami dpt band yg same.....kalu x spjg hidupla aku malu.....hehe.............so, pesanan utk my adik a.k.a asya....

(kite punya taraf b.i adalah same skg, so xlehla nak berlagak2 ngan aku lagi....kan3????..hehe)...

Sunday, January 11, 2009

Selamatkan Palestin!!!!






mungkin tiada sumbangan besar yg mampu kita lakukan....
ttp berdoalah........
smg Israel mendapat balasan terhadap perbuatan KEJAMNYA terhadap Palestin!!!!!!!!!!!!



learn something...............

den bljar sesuatu.....
x mudah nak bg suma org puas hati
even den try to be nice to all people
walaupun kekadang perasaan sendiri pun x terjaga.....
tp sebab rase indahnya silaturrahim tu............
dan rs x sedap ati bile bermasam2 muka.......
i'm try
tapi................
tu le.....
bukan mudah puaskan hati suma org..........
biarlah.............
apa2 terjadi
i dun care anymore
just focus my stdy.......
target sem ni
4 FLAT...hehhe
gile tinggi.....
boleh ke??????

Tuesday, January 6, 2009

awatlah ni...

skg dah kul 3 pagi lebih
tp mata langsung xleh tutup & tak ngantuk langsung
pdahal penat gak ari ni...
gi jejalan dkt bando dgn ana, anis dan habsah....
balik ltk brg trus gi kelas mandarin
naik bas kul 10
sampai umah kemas2 brg baru beli
siap2kan buku nota utk suma subject...
sambil sembang2 ngan roomate...
mata still x ngantuk....
layan cite ella enchanted sampai abis
still tak ngantuk
da tutup2 laptop
baring2 sambil lelapkan mata still x ngantuk
x tau nak buat apa, on balik laptop...
baca2 blog org sambil tetiba trs nak update blog sdiri
pun x ngantuk lg....
gilelah....esok kelas kul 8 tp nak kena naik bas kul 6.30 pagi
tp still takleh nak tido....
napa ek???
mungkin perubahan tmpat tido kot
hmmmmmmm...............

Saturday, January 3, 2009

PeRaSaaN aPaKah iNi???

Salam....

Perasaan ini dtg lagi....hua.........
x suke3.......perasaan apa???
apa lg......perasaan berat nak tinggalkan umah la......
walaupun da masuk thun 2, perasaan mcm ni tak penah surut2....
nak kate aku manje??? manje ke??? rase xlah sgt....hehe (ye ke???)
tp selalu rase perasaan ni bile nak balik hostel....
rase sgtlah malas nak balik......sblm2 ni rase excited gak nak blk hostel..tp bile nak dekat2 nih rase malas plak......
dahlah bln 5 nanti baru bole balik umah.....lamanya tuh.....

apa2 pun mesti aku rindukan:-

1) of courselah my family

2) my katil

3) my bilik

4) tv

5) saat bergumbira dan bersenang lenang di umah tanpa perlu pikir asement ngan buku

6) my hometown especially shopping complex peberetku .......> P.A.S

7) ais batu (haha....x sah kalu xde air batu kalu minum air kat umah)

8) saat2 mengusik adikku si Arip yg smakin buntal skg...heheh...jgn mare

9) all my prend especially Rozaini a.ka Aniey (weh aniey aku da mention nama ko, special lg...)
sbb dia le kawan plg asbestos skli....gi mana2 alwayz sesama dan cik aniey merangkap drebar aku....hahah.... (xpe aniey kang aku dah terror bwk kete, aku drive plak....ko nak kemana????, ckp je ke bulan ke bintang...aku bawak je nanti...hehhe)

hahah...mcmlah aku x balik2 umah....tp tulah benda2 yg aku musti rindu nanti....ade lagi kot....tp x terpikir lg......heheh...xpe2...4 bulan lebih je tuh....sabar2 (ayat penyedap ati)....

dan nampaknya aku kena panaskan enjin otak2 aku skg....sbb minggu dpan da kena stat fokus utk pastikan kecemerlangan mnjadi milikku....hehehhe...

azam aku utk sem nih nak pastikan aku skor subjek mandarin.....MESTI!!!!!!!! aku xnak da dpt teruk2 lg....

aku nak sentiasa " Wo xi huan Lao shi"....kalu laoshi bg keje banyak2 aku xnak merungut2, nak buat ngan sehabis baik dan seikhlas mungkin dan aku nak rebus suma tulisan-tulisan cina (hanzi), pastu aku nak minum bg melekat ckit tulisan cina tuh dlam otak aku...hahah (bekesan ke???)

dan semoga xdelah mutiara2 jernih mengalir kat pipi aku masa familyku antar kat airport nanti....hahha....malule i nanti dgn kekawan i yg lain....hehhe....

akhir kata, nak x nak kenalah balik gakkan....takpa 1 thn setengah lagi.....kejap je tuh.....huhu....

wassalam.........

Thursday, January 1, 2009

TaHuN BaRu BLoGPuN MeSTi BaRu

SALAM.....

akhirnya berjaya jgk ku mengedit blogku ini.........fuh!!!!!!lama gile mencari idea nak buh gambo apa....last2 gambo buah oren dgn jus oren ni jd pilihan.....

sbb apa buh gambo tu???
ntah aku pun xde jwapan spesifik kenapa....rase cun di pandangan mata aku bubuh je ler.....

mungkin nmpak agak buruk template aku nih....hehhe..nampak mcm dewasa sgt.......xpalah saje je aku nak change spy bila aku tgk blog ni aku sedarlah, aku bukan muda lagi.....heheh.....tahun ni da 23 tahun....oo tuanya aku rasekan..........

so sesuailah kot membuat perubahan kpd blog ni spy tampak agak dewasa dan matang seiring dgn usiaku yg smakin meningkat nih.......eceh....heheh

walaupun blog ni agak simple tapi kekadang simple is nice...heheh... x gitu????