Monday, August 24, 2009

RaMaDhaN + KundaSang

Salam...
di waktu subuh2 yg hening ni...tetiba rajin plk den nak mengupdate blog stlh lama den tak berentri baru....
Firstly, rasenya x terlambat lg nak ucapkan
'Selamat menyambut ramadhan al-mubarak,smg ramadhan kali ini lebih bermakna dan amalan kebajikan kite pun betambah....
InsyaAllah....
sebenaqnya den x sabo nak tunggu balik umah ni....huhu.....buhsannye kat cmpus ni.....x taulah awat sem ni rase bosan gile duk kampus.....sunyi je....bertambah air xde.......kelas pun x banyak sgt....so byk tido ngan mengelamun je....
selamat den ade streamyx kat bilik ni....so xler bosan sgt.....hehe

cuti2 ari tu aku ke Kundasang, salah satu tempat yg menarik dkt Sabah...dia mcm ala2 Cameron Highland....mmg bes tempat 2....cantik bgt.....sejuk gile plak 2....
Sampai2 je da dpt kejutan yg sebenaqnya tempat kami menginap tu tinggi gile rupanya.....bas x boleh nak naik.......apa lagi terpaksalah memanjat utk ke sana.....tinggi gle woi......penat gile......semput den....
sampai2, sejuknya.....air die mcm air batu.....even aku nak gosok gigi ngan cuci muka pun pikir 2 3 kali apatah lagi nak mandi....time nak mandi je menjerit2 den kesejukan.....sebenarnya ade air panas...tp ade masalah2 yg x dpt dielakkan, air panas tu x digunakan.....mmg sejuk wo air die....pas2 masa nak tido,menggigil2 aku....sejukkkkkkkkkk.....

hotel yg kami duk tu mmg cun bangat view die....berlatar belakangkan gunung kinabalu....mmg indah dilihat pd waktu pagi....mmg cantik...SUbhanallah....kdg2 untung gak belajo jauh2 ni....dpt gak den tgk tempat2 orgsengihnampakgigisengihnampakgigi....

esoknya,destinasi pertama kami ke National Park(x silap akulah)....tempat tu mmg cantik utk tgk view Gunung Kinabalu....mmg cun abislah... x sangka dpt gak aku tgk Gunung Kinabalu dr dekat....walaupun x mendaki dpt tgk pun jadilah kanihikhiksenyumkenyit

pas2 kami ke Desa Cattle, Kundasang....pagi2 lagi aku da cuak....mana xnya tetiba dpt tau bas xleh g...kena naik van atau kete.....ape lagi....cuaklah aku...yelah...dahlah aku exco perhubungan....tp ari tu da call die ckp bole naik bas...tup2 sampai xleh plak.....kecuakkan jgk den...tp Alhamdulillah....settle gak akhirnya......tempat tu mmg jauh.....dan mmg cantik view die....Actually desa cattle tu sebenaqnya ladang lembu.....lembu2 tu diimport dr new zealand.....kat cni diorang buat susu lembu......tp jenama die xde jual kat semenanjung....ade kat sabah sarawak ngan brunei je........bile g cni terasalah ala2 berada kt new zealand.....haha...betul weh....nak balik 2 ade diorang bg susu free....tp den x minumlah....kalu susu coklat tu boleh redah lg.....ni susu putih tu mmg x masuk tekaklah.....

pas2 kami meneruskan lagi prjlann ke Strawberry Garden....strawberry die x byk pun.....tp oklah gak...layan....manager die punya bersemangat bagi penerangan psl strawberry....mcm susah gak sbebenarnya...nak maintain itu ini.....dkt Sabah tu pun, itu satu2nya ladang strawberry....

pas2 kami ke tmpat yg selalu org sebut2, Poring....kat sana tempat ade air panas + air terjun+taman rama2+jabatan gantung ngan mcm2 lagilah.....tp den sempat g tgk air panas die je...x sempat nak naik lagi atas....x larat....heheh.....mmg kagumla ngan tempat tu...tp sayang plak x sempat nak naik atas2..

esoknya...sblm bertolak balik kami pun mcm biasalah bergambo dulu.....sampai2 cmpus rindu plak kat kundasang....rindu kedamaian ngan air dia...hahah....maklumlah cni kan air xde2 lg....huhuhu

Wednesday, July 15, 2009

kipas le plak

bilalah agaknya pembangunan ni nak baiki kipas
minggu lepas lagi den duk buat aduan
panas sungguh kat bilik ni, air plak sipi2 ayam je ade (perkataan baru)
adussssblogger-emoticon.blogspot.com
mmg menguji kesabaran btul sem ni....
semalm 24 hour xde letrik
terasa mau mengamuk pun ade
huhu....
sabarlah wahai hati
dugaan2

Friday, July 10, 2009

air oooo air

i'm super duper stress now....
huhu
dahle xde air , kipas rosak plak, tetiba laptop punya tempat cd pulak rosaknangihnangihnangih
mmg sdg mengumpul sabar ni....huhuhu
minggu ni mmg minggu yg meng'stresskan'
bayangkan sem ni je amk 8 subjek with 3 minor yg mmg susah nak skor
semuanya skali 21 kdt
risau gle ni....
terasa mcm nak drop subjek bwk ke sem depan
tp sem dpn pun byk subjek
praktikal pun da 6 kredit....huhuhuhu....
camne ekfikir...nak x nak kena teruskan gaklah....
dgn keadaan yg x menentu ni
dgn dijangka ketiadaan air akan berlarutan sehingga bln 9
membuatkan sometime aku rase down sgt.........
rase nak menjerit pun ade
nak mengangkut air dr bawah ke tgkt 2
las2 tension2 aku g beli tong yg boleh memuatkan 7 baldi sederhana air
tp penat wo.....turun naik tangga angkut air nak penuhkan tong
aku yg kat tgkat 2 pun da rase penat
bayangkan mereka yg di tingkat 4.....
dgn sekali angkut 2 baldi trus...x pasal2 kang lama2 cam ni
tetiba tumbuh muscle pula kat lengan aku....wahahah
dahla kekadang hilang trus sumber air, JBA lambat antar...
terkontang-kantingla kami....dahla air tu benda plg penting sekali
mana nak basuh baju lg, nak mandi lagi,nak amik wuduk lagi.....huhuhuhu
bayangkan lg baru je JBA isi kat tangki yg gedabak besar tu, dlm tempoh masa yg hanya 2 3 jam air da abis
gle cepat
yg geramnyer ade sesetengah tu yg x reti2 nak berjimat
mandi punya lama
agak2le...huhu...teremosi plak den...
huhu...baru je ckit ujian yg Allah bg
da rase mcm nak gile da....
bila pikir org lain yg mungkin lg dasyat dugaannya barulah rase mcm tabah dan reda je
smg Allah sentiasa memberi kekuatan dlm menghadapi sem baru yg gile2 mencabar nisenyumsenyumsenyum

Thursday, June 25, 2009

~MiSS~

I miSS Someone...
lalalalalalalalalala....
jelirsengihnampakgigimalublur
aku saje ltk lagu Hijjaz ni bg panjang ckit entry kali ni...keh....
hayati liriknya ek...

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Tuesday, June 23, 2009

ReSulT oooo rEsULT....

ari ni patutnya result kuar...sekali bukak2 laman web xde plak....cek2 dkt laman web akademik die kuar camnih....

" Dukacita dimaklumkan keputusan peperiksaan Semester II Sesi 2008/2009 ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. BPA memohon maaf atas kesulitan yang timbul "

cis...penat je aku bgn agak awal, sekali rupanya x kuar2 lagi....adui...U lain suma dah kuar...penat aku tunggu tarikh 23 JUN ni...cis.....dahlah berdebar ni...aduiiii....bile nak kuar result ni....da nak masuk sem baru da...huhu...adustensiongarupale

apa2 pun result nyer...yg pasti den kena redha ngan tabah jelah......sbb sem ni byk main je....keh3
senyumkenyitdoagigitjari

Tuesday, June 16, 2009

MaRi BeRTukaR!!!!

Oleh kerana aku da xde idea nak mengupdate....apa kate bg ckit blog aku ni bercorak ilmiah ckit....hehhesengihnampakgigisengihnampakgigi.....artikel ni aku amek dr laman web http://spidm.wordpress.com/....jgn saman aku ek...hehe....so ape lagi....ajak suma sedara mara pakcik makcik datuk nenek kite bertukar.....bertukar weh dr konvensional ke perbankan islam....kalu x kite yg menyokong kewangan islam, sapa lagi kan???hahah...
peacemenarisenyumkenyit

SEMBILAN ALASAN UMAT ISLAM PERLU MEMILIH BANK ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahwa bank syariah sangat berbeza dengan bank konvensional. Namun, kebanyakan orang awam terutamanya di Malaysia hanya mengenal bank syariah dari kulit saja. Ramai yang berpandangan bahawa bank syariah sama sahaja dengan bank konvensional. Oleh karena itu, ramai yang beranggapan bahawa menabung di bank syariah sama saja dengan menabung di bank konvensional. Walhal, bank syariah memiliki keunggulan yang luar biasa berbanding bank konvensional, baik dari segi spiritual mahupun secara rasional. Bertitik tolak dari keunggulan-keunggulan inilah dapat meyakinkan umat Islam untuk memilih bank Islam. Secara umunya, penulisan ini akan menguraikan serba sedikit alasan megapa perlunya umat Islam memilih bank syariah baik dalam tabungan, deposit, giro dan produk – produk lainnya. Berikut disenaraikan sembilan alasan mengapa bank syariah perlu dijadikan pilihan umat islam dulu, kini dan selamanya.

1. Al- Barakah ( mendapat berakah )
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah dengan sistem mudharabah akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Semua tabungan dan deposit dikelolakan secara usahasama ataupun perkongsian hasil. Keberkatan ini perkukuhkan lagi melalui sebuah adis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

Dari Sholih bin Shuhaib r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ Tiga macam perkara yang mendapat barakah, pertama, jual beli secara hutang, kedua, transaksi mudharabah, ketiga, mencampur gandum dengan tepung untuk dimakan bukan untuk dijual” ( Hadits Riwayat ibnu majah no. 2280, kitab Tijarah ).

Melalui sistem mudharabah, bank syariah tidak diwajibkan membayar bunga kepada nasabah atau pelanggan sebagaimana yang diamalkan oleh bank konvensional sebegitu lama. Bank syariah membahagi hasil sesuai dengan tahap pendapatan dan keuntungan yang diperolehnya berdasarkan nisbah yang telah disepakati. Sistem mudharabah inilah yang telah menyelamatkan bank – bank syariah dari spekulasi negatif sehingga terhindar daripada kecairan. Sistem mudharabah merupakan kebalikan daripada sistem bunga. Sekiranya sistem mudharabah mendapat keberkatan, maka sistem bunga yang jelas berunsurkan riba mendapat laknat dari Allah sebagaimana yang dinukilkan melalui hadis Nabi SAW, “Allah melaknat orang yang memakan riba “. Secara logikal, laknat ini sangat sesuai diberikan kepada pelaku riba ( bunga ), kerana bunga menimbulkan impak yang sangat buruk terhadap ekonomi negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun, masyarakat masih belum sepenuhnya sedar tentang hal ini. Jawapan berkenaan permasalahan ini telah sedia dijawab oleh Allah melalui surah Al –Baqarah ayat 275. Menurut ayat ini orang – orang yang memakan dan mempraktikkan riba adalah gila ( tak waras ). Ayat ini terbukti kebenarannya sehingga ada yang menganggap bunga adalah sah walhal seluruh ulama dunia di kala ini telah sepakat mengatakan tentang keharaman bunga bank.

2. Al- Falah fid Dunya wal Akhirah
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah mendapat keuntungan duniawi. Bunga dan hasil ataupun perolehan adalah berbeza sama sekali. Di samping itu, menabung di bank syariah turut mendapat keuntungan ukhrawi, berupa pahala mengamalkan bank syariah yang mana bererti juga berupaya menghindari bunga yang diharamkan, sehingga terhindar dari dosa.

3. Islam Syumul
Mengamalkan sistem ekonomi Islam dalan perbankan syariah berarti berupaya mengamalkankan Islam secara kaffah.

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan (syumul), janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan” (Q.S.2: 208).

Islam bukan saja mengatur masalah ibadah, tetapi juga aspek muamalah. Sekiranya ada orang Islam yang beribadah secara Islam, tetapi bermuamalah secara kapitalis, maka keIslamannya sebenarnya pincang dan tidak syumul. Bermuamalah secara Islam bererti kita berupaya mengamalkan syariah Islam secara syumul.

4. Al- ibadah
Oleh kerana muamalah merupakan satu juzuk yang tidak terpisah dari Islam, maka mengamalkan ajaran muamalah dikira sebagai ibadah, manakala mengamalkan riba adalah satu dosa. Nilai ibadah yang melekat dalam pengamalan muamalah melalui bank syariah, dapat diperolehi asalkan kita mempunyai niat yang ikhlas untuk mengamalkan syariahnya yang penuh dengan keadilan. Tetapi kalau kita menggunakan sistem yang zalim seperti bunga meskipun diniatkan ibadah, sekali-kali tidak akan dikira sebagai ibadah kerana perbuatan yang dilarang Allah boleh menjadi ibadah.

5. Irtifa’u iqtisadil Ummah
Bersama-sama mendokong perbankan syariah, bererti turut sama menyalur dalam mengangkat darjat ekonomi umat. Dana masyarakat yang sekian banyaknya terkumpul di bank syariah dapat disalurkan untuk membiayai usaha-usaha umat, sehingga ekonomi umat boleh ditingkatkan secara berperingkat. Sesiapakan tidak dapat menyangkal bahawa apabila ummat Islam bersatu mendokong dan memajukan bank-bank syariah, maka Insya Allah kemajuan ummat dan Izzul Islam Wal Muslimini secara bertahap akan dapat diraih kembali bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang-bidang lain.

6. Irtifa’u Ma’hadil Islami
Apabila umat Islam secara kolektif mendokong dan memajukan bank syariah baik melalui penabungan mahupun pendepositan maka lembaga perbankan syaiah akan menjadi kuat. Hal ini akan meningkatkan aset umat bagi meninggikan syiar Islam agar Islam kembali bangkit. Siapa lagi yang mampu memajukan dan mendokong lembaga syariah ini kalau bukan di kalangan umat Islam sendiri.

7. Amar ma’ruf nahi munkar
Perbankan syariah tidak akan meyalurkan dananya untuk usaha – usaha dan projek –projek haram atau syubahat. Bank syariah tidak akan membiayai tempat- tempat hiburan seperti disko, hotel maksiat, rokok, perjudian, minuman keras dan sebagainya. Bank – bank syariah hanya membiayai usaha – usaha yang halal dan thoyib. Oleh yang demikian, bank – bank syariah telah secara tidak langsung melaksanakan gerakan amar ma’ruf dan nahi munkar.

8. Al- Amnu wad Dhaman
Ummat Islam tidak perlu berasa sangsi mahupun ragu-ragu terhadap keselamatan dana mereka di bank – bank syariah. Menabung dan mendepositkan wang di bank – bank syariah turut mendapat jaminan daripada kerajaan melaui Bank Negara. Fakta ini membuktikan bahwa bank – bank syariah dapat bertahan, malah mengalami kemajuan pada masa krisis ekonomi sedangkan bank – bank konvensional mengalami kejatuhan kecairan.oleh kerana itu, bank – bank syariah adalah lembaga yang lebih dipercayai karena dana masyarakat adalah terjamin.

9. Itifa’u Tarbiyatil Muslimin
Apabila umat Islam bersatu mendokong bank – bank syariah, maka ekonomi umat akan semakin kuat dan jaya. Masyarakat menjadi semakin makmur dan sejahtera.Hal ini akan turut mempengaruhi kualiti dan tingkat pendidikan umat Islam. Masakan mungkin ummat Islam memiliki kualiti pendidikan yang hebat seandainya ekonominnya masih lemah dan tidak menentu. Melalui kesejahteraan ekonomi yang dihasilkan melalui dokongan yang diberikan terhadap sistem perbankan syariah inilah dapat meningkatkan pendidikan umat Islam terutamnya di Malaysia..