Tuesday, June 16, 2009

MaRi BeRTukaR!!!!

Oleh kerana aku da xde idea nak mengupdate....apa kate bg ckit blog aku ni bercorak ilmiah ckit....hehhesengihnampakgigisengihnampakgigi.....artikel ni aku amek dr laman web http://spidm.wordpress.com/....jgn saman aku ek...hehe....so ape lagi....ajak suma sedara mara pakcik makcik datuk nenek kite bertukar.....bertukar weh dr konvensional ke perbankan islam....kalu x kite yg menyokong kewangan islam, sapa lagi kan???hahah...
peacemenarisenyumkenyit

SEMBILAN ALASAN UMAT ISLAM PERLU MEMILIH BANK ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahwa bank syariah sangat berbeza dengan bank konvensional. Namun, kebanyakan orang awam terutamanya di Malaysia hanya mengenal bank syariah dari kulit saja. Ramai yang berpandangan bahawa bank syariah sama sahaja dengan bank konvensional. Oleh karena itu, ramai yang beranggapan bahawa menabung di bank syariah sama saja dengan menabung di bank konvensional. Walhal, bank syariah memiliki keunggulan yang luar biasa berbanding bank konvensional, baik dari segi spiritual mahupun secara rasional. Bertitik tolak dari keunggulan-keunggulan inilah dapat meyakinkan umat Islam untuk memilih bank Islam. Secara umunya, penulisan ini akan menguraikan serba sedikit alasan megapa perlunya umat Islam memilih bank syariah baik dalam tabungan, deposit, giro dan produk – produk lainnya. Berikut disenaraikan sembilan alasan mengapa bank syariah perlu dijadikan pilihan umat islam dulu, kini dan selamanya.

1. Al- Barakah ( mendapat berakah )
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah dengan sistem mudharabah akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Semua tabungan dan deposit dikelolakan secara usahasama ataupun perkongsian hasil. Keberkatan ini perkukuhkan lagi melalui sebuah adis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

Dari Sholih bin Shuhaib r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ Tiga macam perkara yang mendapat barakah, pertama, jual beli secara hutang, kedua, transaksi mudharabah, ketiga, mencampur gandum dengan tepung untuk dimakan bukan untuk dijual” ( Hadits Riwayat ibnu majah no. 2280, kitab Tijarah ).

Melalui sistem mudharabah, bank syariah tidak diwajibkan membayar bunga kepada nasabah atau pelanggan sebagaimana yang diamalkan oleh bank konvensional sebegitu lama. Bank syariah membahagi hasil sesuai dengan tahap pendapatan dan keuntungan yang diperolehnya berdasarkan nisbah yang telah disepakati. Sistem mudharabah inilah yang telah menyelamatkan bank – bank syariah dari spekulasi negatif sehingga terhindar daripada kecairan. Sistem mudharabah merupakan kebalikan daripada sistem bunga. Sekiranya sistem mudharabah mendapat keberkatan, maka sistem bunga yang jelas berunsurkan riba mendapat laknat dari Allah sebagaimana yang dinukilkan melalui hadis Nabi SAW, “Allah melaknat orang yang memakan riba “. Secara logikal, laknat ini sangat sesuai diberikan kepada pelaku riba ( bunga ), kerana bunga menimbulkan impak yang sangat buruk terhadap ekonomi negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun, masyarakat masih belum sepenuhnya sedar tentang hal ini. Jawapan berkenaan permasalahan ini telah sedia dijawab oleh Allah melalui surah Al –Baqarah ayat 275. Menurut ayat ini orang – orang yang memakan dan mempraktikkan riba adalah gila ( tak waras ). Ayat ini terbukti kebenarannya sehingga ada yang menganggap bunga adalah sah walhal seluruh ulama dunia di kala ini telah sepakat mengatakan tentang keharaman bunga bank.

2. Al- Falah fid Dunya wal Akhirah
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah mendapat keuntungan duniawi. Bunga dan hasil ataupun perolehan adalah berbeza sama sekali. Di samping itu, menabung di bank syariah turut mendapat keuntungan ukhrawi, berupa pahala mengamalkan bank syariah yang mana bererti juga berupaya menghindari bunga yang diharamkan, sehingga terhindar dari dosa.

3. Islam Syumul
Mengamalkan sistem ekonomi Islam dalan perbankan syariah berarti berupaya mengamalkankan Islam secara kaffah.

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan (syumul), janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan” (Q.S.2: 208).

Islam bukan saja mengatur masalah ibadah, tetapi juga aspek muamalah. Sekiranya ada orang Islam yang beribadah secara Islam, tetapi bermuamalah secara kapitalis, maka keIslamannya sebenarnya pincang dan tidak syumul. Bermuamalah secara Islam bererti kita berupaya mengamalkan syariah Islam secara syumul.

4. Al- ibadah
Oleh kerana muamalah merupakan satu juzuk yang tidak terpisah dari Islam, maka mengamalkan ajaran muamalah dikira sebagai ibadah, manakala mengamalkan riba adalah satu dosa. Nilai ibadah yang melekat dalam pengamalan muamalah melalui bank syariah, dapat diperolehi asalkan kita mempunyai niat yang ikhlas untuk mengamalkan syariahnya yang penuh dengan keadilan. Tetapi kalau kita menggunakan sistem yang zalim seperti bunga meskipun diniatkan ibadah, sekali-kali tidak akan dikira sebagai ibadah kerana perbuatan yang dilarang Allah boleh menjadi ibadah.

5. Irtifa’u iqtisadil Ummah
Bersama-sama mendokong perbankan syariah, bererti turut sama menyalur dalam mengangkat darjat ekonomi umat. Dana masyarakat yang sekian banyaknya terkumpul di bank syariah dapat disalurkan untuk membiayai usaha-usaha umat, sehingga ekonomi umat boleh ditingkatkan secara berperingkat. Sesiapakan tidak dapat menyangkal bahawa apabila ummat Islam bersatu mendokong dan memajukan bank-bank syariah, maka Insya Allah kemajuan ummat dan Izzul Islam Wal Muslimini secara bertahap akan dapat diraih kembali bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang-bidang lain.

6. Irtifa’u Ma’hadil Islami
Apabila umat Islam secara kolektif mendokong dan memajukan bank syariah baik melalui penabungan mahupun pendepositan maka lembaga perbankan syaiah akan menjadi kuat. Hal ini akan meningkatkan aset umat bagi meninggikan syiar Islam agar Islam kembali bangkit. Siapa lagi yang mampu memajukan dan mendokong lembaga syariah ini kalau bukan di kalangan umat Islam sendiri.

7. Amar ma’ruf nahi munkar
Perbankan syariah tidak akan meyalurkan dananya untuk usaha – usaha dan projek –projek haram atau syubahat. Bank syariah tidak akan membiayai tempat- tempat hiburan seperti disko, hotel maksiat, rokok, perjudian, minuman keras dan sebagainya. Bank – bank syariah hanya membiayai usaha – usaha yang halal dan thoyib. Oleh yang demikian, bank – bank syariah telah secara tidak langsung melaksanakan gerakan amar ma’ruf dan nahi munkar.

8. Al- Amnu wad Dhaman
Ummat Islam tidak perlu berasa sangsi mahupun ragu-ragu terhadap keselamatan dana mereka di bank – bank syariah. Menabung dan mendepositkan wang di bank – bank syariah turut mendapat jaminan daripada kerajaan melaui Bank Negara. Fakta ini membuktikan bahwa bank – bank syariah dapat bertahan, malah mengalami kemajuan pada masa krisis ekonomi sedangkan bank – bank konvensional mengalami kejatuhan kecairan.oleh kerana itu, bank – bank syariah adalah lembaga yang lebih dipercayai karena dana masyarakat adalah terjamin.

9. Itifa’u Tarbiyatil Muslimin
Apabila umat Islam bersatu mendokong bank – bank syariah, maka ekonomi umat akan semakin kuat dan jaya. Masyarakat menjadi semakin makmur dan sejahtera.Hal ini akan turut mempengaruhi kualiti dan tingkat pendidikan umat Islam. Masakan mungkin ummat Islam memiliki kualiti pendidikan yang hebat seandainya ekonominnya masih lemah dan tidak menentu. Melalui kesejahteraan ekonomi yang dihasilkan melalui dokongan yang diberikan terhadap sistem perbankan syariah inilah dapat meningkatkan pendidikan umat Islam terutamnya di Malaysia..


No comments:

Post a Comment