Friday, December 5, 2008

Ada ke patut?

Pagi td, lps sarapan...Lepak jap ngan makcikku sambil layan internet tgk XXX forum.......sekali tu terkejut tetiba ade tajuk


'MAWI HAMPIR MAUT'

Kitorang pun penuh terkezut dan keterujaan pun bukaklah tajuk tu.....wahahaha....rupa2nya.....


JOHOR BAHRU: “Selepas berjaya mengeluarkan semua barang, baru saya teringat Mawi masih di dalam rumahnya,” kata seorang wanita mangsa kebakaran yang memusnahkan tiga rumah papan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini, awal pagi semalam.

Mariana Sunyi, 35, berkata disebabkan terlalu panik dan keadaan kelam-kabut, dia terlupa untuk menyelamatkan Mawi, seekor anak kera berusia empat tahun yang masih tertambat di dalam rumahnya ketika kebakaran merebak.

“Bagaimanapun, umur Mawi masih panjang kerana sebahagian daripada rumah hangus ketika kami menyelamatkannya. Dia cedera di tangan kanan akibat terkena api,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mariana berkata, dia membela Mawi sebagai haiwan peliharaan dan membina se buah rumah kecil khusus sebagai tempat berteduh di tepi rumahnya yang dijilat api dalam kebakaran itu

Den pun x pasti dkt paper mana....Haha....ade ke patut namakan anak kera dgn nama Mawi......mati2 den ingat Mawi world penyanyi tu.............yelah den dulu peminat setia Mawi tp skg tidak lagi.....keh3.....bukan sbb dia nak kawin ke apa.....tp ntah......tetiba minat ku kepadanya hilang begitu shaja............heheh.....

Aku ngan makcik aku gelak gile2 lps baca berite tu...........kalau bole terguling2, da terguling2 da........ :)

ADA KE PATUT??????

1 comment:

  1. Salam ziarah. Paper Malaysia memang makin pandai letak berita dengan tajuk yg catchy skrg:

    Menteri mati lepas la ape la :P

    ReplyDelete