Sunday, May 3, 2009

HaTi?????

Tiga tahap hati

(Sumber: Harian Metro)

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:


1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.


Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.

Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.

Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

p/s : smg kite tergolong di dalam org yg2 mempunyai hati pertama....Amin...

Thursday, April 30, 2009

susu coklat


ari ni sy ke bando...
sy tetiba teringat nak minum susu coklat spt di atas...
teringin gile sbb i mmg minat gile susu coklat spt jenama di atas
tp sy brs sedih kerana tiada di jual di Labuan....(x taulah kalu tempat2 lain ade...cr 1 tempat je td...hehe)
hua.....
sy sungguh kempunan....
(hihi...sorry entry x bermotif...sekali-sekala apa salahnya....)

Thursday, April 16, 2009

FiNaL eXam


Salam....
masanya kembali lagi.....saat yg mencemaskan......saat yg mendebarkan.........saat yg menyesakkan dada.........huaaaaa
FINAL EXAM!!!!!!!
walaupun byk gile benda nak tulis........tp kena postpone dulu
tumpuan skg final exam.....(eceh poyo.cam study sgt)

kat cni jus nak ucapkan Selamat menduduki peperiksaan buat semua yg menduduki exam
especially:

my adik kat matrik tu (walaupun da tinggal 2 paper, still nak wish gud luck) p/s utk asya....sukalah tu die nak abis
my kakak yg peksa gak 21 hb ni....gud luck
my kekawan especially HE 23..........gud luck. do ur best..........buktikan kecemerlangan HE 23.....we can do it..........hehe...poyo

Di kesempatan ni gak, aku nak mintak maaf bebanyak kpd sesiapa aje yg pernah terguris hatinya ke perasaannya sbb aku..........especially semua sahabat2ku.....halalkan segala2nya ek
0-0 ek.........

Friday, April 10, 2009

kena Buli?

Salam....
sesaje je nak cite.....
tdkan after kelas akaun, aku duk sbelah lecturer masa tu........
pas2 kan tetiba lecturer berkata begini padaku....

"fatimah, fatimah.....
semua kamu ek"
mcm kena buli"

camtulah dialognya.............tp kan serius sampai skg ayat tu msh terngiang2 di telinga ku.....
dan buat aku berfikir bukan sejenak bukan jgk dua jenak tp berjenak2....keh3
aku pun tanya sorang kwn aku,

"aku ni cam kena buli ke", pastu die mengangguk,

lagilah aku terpikir2 berlemon2.........


sebenarnya utk sem ni aku ade jdik ketua kelas.............ala jawatan kecik jak pun........utk dua subjek
hehe...peranan aku pun bukan beso, jus inform kalu kelas cancel, tempah kelas,kumpul asement....camtulah........

tp bila lecturer ckp mcm aku kena buli, aku pikir balik....adekah bebudak kelas membuliku????
kebetulan after klas td aku agak membusykan diri mengutip duit kelas utk xtvt melantak2, jd nampak cam busy kot

hmmmmmmm.........sebenarnya aku x kisah sgtpun nak buat semua2 tu......serius......but sometimes mmglah diakui agak tension gak.....sbb kekadang bila information x sampai, pas2 org salah2 kan kite...tu jelah....tp everything is ok lagi...........

aku percaya bila org bagi tugas kat kite, tu amanah org pada kite.........so aku percaya pada prinsip...........buat apa2 mesti ikhlas..........insyaAllah balasannya baik gak.........so bila pikir2 balik bukanlah membuli sbenarnya tp maybe org percaya kot kite.....

wahahhaah................apa punya posting kali ni...........merepek je............ntah apa2.........jus nak share je.......sbb benda tu still bermain2 kat otak aku sampai skg.........

ok le, nak share gambo lagi, actually gambo ni bru je dpt dri jurukamera campus aku....banyak gambonya...........tp seriusly, buruk tahap cimpanzi gambo aku..........x sanggup nak menatap berkali2,sekli pun da rase malu gile........
hahha




bergambo ngan Dekan
ngan rakan2 semeja
bersama Dekan.....nampak x keburukan gambo aku......hahah...cam apa je
ok...peace semua

tahun 3 HE 23 yg sporting

Sunday, April 5, 2009

A NiGHT To ReMeMBer............

Salam......
Malam jumaat lepas, aku join majlis anugerah ngan perpisahan tahun 3........
yaya dan aku dtg agak lambat......malu seh....dtg2 dekan semua da sampai....kami dtg lambat....
selamat si Roniey, Azri ngan Khai.....copkan tempat....
kalu x lagi segan....dahlah i ni pemalu orgnya.........wakakaka...(leh percaya ke???)
aGak kebosananlah majlis tu, huhuhu.........selamat makan free....so
redah aje..............
masa nak amik sijil, satu perasaan malu menyelubungi diriku........keh3
yalah, kena beratur dekat ngan lecturer, ramai pulak lecturer kos aku kat ctu....
segan kerana aku memakai agak kepoyoan malam tu...hehe...sebenarnya xlah bergaya sgt pun
tp maybe aku jarang bergaya, so bile pakai agak poyo2, rase segan......
tp sebenarnya biasa2 jak pun
masa naik pentas aku doa2 je,jgnlah aku tergolek.....
penuh berhati2 dan bersopan santun gitu....hehe
but mmg a night to remember.........
smg tahun depan bole join lg program ni......
so apa yg perlu dilakukan ialah......
melipatgandakan USAHA semestinya.....
tawakal.......
smg kejayaan menjadi milik kite bersama................

peace dr Roniey....alamak...aku terpejam mata lak...tgh beratur nak naik pentas



ngan Azri poyo.....haha...mati Azri marah ni kalu baca

yeah!!!!!!

kepoyoan terserlah di wajah masing2


bersama dekan, lctrer2 dan tahn 3...tp kami yg thn 2 dgn tak malunya sibuk menyelit gak

yaya and me.......ijau beb...hehe

Thursday, April 2, 2009

LoCeNG Kebakaran


Salam.....

Apakah kaitan gambo di atas dgn cite aku????
Saje je nak cite, semalamkan, tgh2 belajo mandarin....tetiba loceng kebakaran berbunyi....
aku dgn perasaan kecuakkan yg tinggi tetiba kata ngan lao shi (cikgu dlm bhs mndarin)

"laoshi, jom turun laoshi, ade kebakaran"

lebih kurang gitulah gayanya aku bercakap dgn lantangnya

pas2 laoshi boleh jawab suh aku terjun dr tingkat 8.....haha....slumber je laoshi....kang aku terjun bebetul kang br laoshi tau

smakin lama semakin kuat loceng tu bunyi, tp laoshi trs sambong mengajo.....aku dgn perasaan sgtlah cuak risau gak........bayangkan kalu btul2 terbakar....dahlah kami d tgkat 8....
cuba anda bayangkan?????

lama2 laoshi pun maybe cuak gak suh kami turun, kami dgn kelajuan yg amat tinggi bergegas turun tangga dr tgkat 8.....selamat turun je.....kalu naik x larat aku.......

sampai2 bawah, rupanya xde apa2pun....ingat laoshi nak cncel kelas.....rupa2nya......harapan je.........kitorang naik balik sambung belajo ngan test listening yg amat lama dan membosankan.......sabo aje..........

hehe........tp pengalaman gak sbb x penah cam2.....