Tuesday, June 23, 2009

ReSulT oooo rEsULT....

ari ni patutnya result kuar...sekali bukak2 laman web xde plak....cek2 dkt laman web akademik die kuar camnih....

" Dukacita dimaklumkan keputusan peperiksaan Semester II Sesi 2008/2009 ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. BPA memohon maaf atas kesulitan yang timbul "

cis...penat je aku bgn agak awal, sekali rupanya x kuar2 lagi....adui...U lain suma dah kuar...penat aku tunggu tarikh 23 JUN ni...cis.....dahlah berdebar ni...aduiiii....bile nak kuar result ni....da nak masuk sem baru da...huhu...adustensiongarupale

apa2 pun result nyer...yg pasti den kena redha ngan tabah jelah......sbb sem ni byk main je....keh3
senyumkenyitdoagigitjari

Tuesday, June 16, 2009

MaRi BeRTukaR!!!!

Oleh kerana aku da xde idea nak mengupdate....apa kate bg ckit blog aku ni bercorak ilmiah ckit....hehhesengihnampakgigisengihnampakgigi.....artikel ni aku amek dr laman web http://spidm.wordpress.com/....jgn saman aku ek...hehe....so ape lagi....ajak suma sedara mara pakcik makcik datuk nenek kite bertukar.....bertukar weh dr konvensional ke perbankan islam....kalu x kite yg menyokong kewangan islam, sapa lagi kan???hahah...
peacemenarisenyumkenyit

SEMBILAN ALASAN UMAT ISLAM PERLU MEMILIH BANK ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahwa bank syariah sangat berbeza dengan bank konvensional. Namun, kebanyakan orang awam terutamanya di Malaysia hanya mengenal bank syariah dari kulit saja. Ramai yang berpandangan bahawa bank syariah sama sahaja dengan bank konvensional. Oleh karena itu, ramai yang beranggapan bahawa menabung di bank syariah sama saja dengan menabung di bank konvensional. Walhal, bank syariah memiliki keunggulan yang luar biasa berbanding bank konvensional, baik dari segi spiritual mahupun secara rasional. Bertitik tolak dari keunggulan-keunggulan inilah dapat meyakinkan umat Islam untuk memilih bank Islam. Secara umunya, penulisan ini akan menguraikan serba sedikit alasan megapa perlunya umat Islam memilih bank syariah baik dalam tabungan, deposit, giro dan produk – produk lainnya. Berikut disenaraikan sembilan alasan mengapa bank syariah perlu dijadikan pilihan umat islam dulu, kini dan selamanya.

1. Al- Barakah ( mendapat berakah )
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah dengan sistem mudharabah akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Semua tabungan dan deposit dikelolakan secara usahasama ataupun perkongsian hasil. Keberkatan ini perkukuhkan lagi melalui sebuah adis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

Dari Sholih bin Shuhaib r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ Tiga macam perkara yang mendapat barakah, pertama, jual beli secara hutang, kedua, transaksi mudharabah, ketiga, mencampur gandum dengan tepung untuk dimakan bukan untuk dijual” ( Hadits Riwayat ibnu majah no. 2280, kitab Tijarah ).

Melalui sistem mudharabah, bank syariah tidak diwajibkan membayar bunga kepada nasabah atau pelanggan sebagaimana yang diamalkan oleh bank konvensional sebegitu lama. Bank syariah membahagi hasil sesuai dengan tahap pendapatan dan keuntungan yang diperolehnya berdasarkan nisbah yang telah disepakati. Sistem mudharabah inilah yang telah menyelamatkan bank – bank syariah dari spekulasi negatif sehingga terhindar daripada kecairan. Sistem mudharabah merupakan kebalikan daripada sistem bunga. Sekiranya sistem mudharabah mendapat keberkatan, maka sistem bunga yang jelas berunsurkan riba mendapat laknat dari Allah sebagaimana yang dinukilkan melalui hadis Nabi SAW, “Allah melaknat orang yang memakan riba “. Secara logikal, laknat ini sangat sesuai diberikan kepada pelaku riba ( bunga ), kerana bunga menimbulkan impak yang sangat buruk terhadap ekonomi negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun, masyarakat masih belum sepenuhnya sedar tentang hal ini. Jawapan berkenaan permasalahan ini telah sedia dijawab oleh Allah melalui surah Al –Baqarah ayat 275. Menurut ayat ini orang – orang yang memakan dan mempraktikkan riba adalah gila ( tak waras ). Ayat ini terbukti kebenarannya sehingga ada yang menganggap bunga adalah sah walhal seluruh ulama dunia di kala ini telah sepakat mengatakan tentang keharaman bunga bank.

2. Al- Falah fid Dunya wal Akhirah
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah mendapat keuntungan duniawi. Bunga dan hasil ataupun perolehan adalah berbeza sama sekali. Di samping itu, menabung di bank syariah turut mendapat keuntungan ukhrawi, berupa pahala mengamalkan bank syariah yang mana bererti juga berupaya menghindari bunga yang diharamkan, sehingga terhindar dari dosa.

3. Islam Syumul
Mengamalkan sistem ekonomi Islam dalan perbankan syariah berarti berupaya mengamalkankan Islam secara kaffah.

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan (syumul), janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan” (Q.S.2: 208).

Islam bukan saja mengatur masalah ibadah, tetapi juga aspek muamalah. Sekiranya ada orang Islam yang beribadah secara Islam, tetapi bermuamalah secara kapitalis, maka keIslamannya sebenarnya pincang dan tidak syumul. Bermuamalah secara Islam bererti kita berupaya mengamalkan syariah Islam secara syumul.

4. Al- ibadah
Oleh kerana muamalah merupakan satu juzuk yang tidak terpisah dari Islam, maka mengamalkan ajaran muamalah dikira sebagai ibadah, manakala mengamalkan riba adalah satu dosa. Nilai ibadah yang melekat dalam pengamalan muamalah melalui bank syariah, dapat diperolehi asalkan kita mempunyai niat yang ikhlas untuk mengamalkan syariahnya yang penuh dengan keadilan. Tetapi kalau kita menggunakan sistem yang zalim seperti bunga meskipun diniatkan ibadah, sekali-kali tidak akan dikira sebagai ibadah kerana perbuatan yang dilarang Allah boleh menjadi ibadah.

5. Irtifa’u iqtisadil Ummah
Bersama-sama mendokong perbankan syariah, bererti turut sama menyalur dalam mengangkat darjat ekonomi umat. Dana masyarakat yang sekian banyaknya terkumpul di bank syariah dapat disalurkan untuk membiayai usaha-usaha umat, sehingga ekonomi umat boleh ditingkatkan secara berperingkat. Sesiapakan tidak dapat menyangkal bahawa apabila ummat Islam bersatu mendokong dan memajukan bank-bank syariah, maka Insya Allah kemajuan ummat dan Izzul Islam Wal Muslimini secara bertahap akan dapat diraih kembali bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang-bidang lain.

6. Irtifa’u Ma’hadil Islami
Apabila umat Islam secara kolektif mendokong dan memajukan bank syariah baik melalui penabungan mahupun pendepositan maka lembaga perbankan syaiah akan menjadi kuat. Hal ini akan meningkatkan aset umat bagi meninggikan syiar Islam agar Islam kembali bangkit. Siapa lagi yang mampu memajukan dan mendokong lembaga syariah ini kalau bukan di kalangan umat Islam sendiri.

7. Amar ma’ruf nahi munkar
Perbankan syariah tidak akan meyalurkan dananya untuk usaha – usaha dan projek –projek haram atau syubahat. Bank syariah tidak akan membiayai tempat- tempat hiburan seperti disko, hotel maksiat, rokok, perjudian, minuman keras dan sebagainya. Bank – bank syariah hanya membiayai usaha – usaha yang halal dan thoyib. Oleh yang demikian, bank – bank syariah telah secara tidak langsung melaksanakan gerakan amar ma’ruf dan nahi munkar.

8. Al- Amnu wad Dhaman
Ummat Islam tidak perlu berasa sangsi mahupun ragu-ragu terhadap keselamatan dana mereka di bank – bank syariah. Menabung dan mendepositkan wang di bank – bank syariah turut mendapat jaminan daripada kerajaan melaui Bank Negara. Fakta ini membuktikan bahwa bank – bank syariah dapat bertahan, malah mengalami kemajuan pada masa krisis ekonomi sedangkan bank – bank konvensional mengalami kejatuhan kecairan.oleh kerana itu, bank – bank syariah adalah lembaga yang lebih dipercayai karena dana masyarakat adalah terjamin.

9. Itifa’u Tarbiyatil Muslimin
Apabila umat Islam bersatu mendokong bank – bank syariah, maka ekonomi umat akan semakin kuat dan jaya. Masyarakat menjadi semakin makmur dan sejahtera.Hal ini akan turut mempengaruhi kualiti dan tingkat pendidikan umat Islam. Masakan mungkin ummat Islam memiliki kualiti pendidikan yang hebat seandainya ekonominnya masih lemah dan tidak menentu. Melalui kesejahteraan ekonomi yang dihasilkan melalui dokongan yang diberikan terhadap sistem perbankan syariah inilah dapat meningkatkan pendidikan umat Islam terutamnya di Malaysia..


Friday, May 22, 2009

Stop atau terus???????

Lately ni,ape yg bermain di fikiran aku ialah samada nak meneruskan mem'blog' atau menstopkannya.....sbb yg plg utama ialah:

1) sbbnya aku spt da kekeringan idea utk nak tulis apa kat blog.....garupale

2) sometime idea dtg mencurah2, tp bile jari bermain2 di papan kekunci (ayat sastera ckit)
aku kehilangan idea,ayat pun jd kaku tibe2soal....x tau nak tulis apa....

3) sometime gak bile ade benda2 bes nak ditulis,bila log in je kat blogger...aku x dpt menterjermah apa yg aku nak tulis tu sepenuhnya dlm btuk ayat...blur..wahaha....cam nak jwb peksa

4) sometime gak aku da siap tulis da kekadang...cthnya cam luahan perasaan ke....last2 aku padam.... x pun jus tersimpan dlm draft...sbbnya??sometime aku rase ayat x sesuailah, takut nmpk cam nak tunjuk2 ke,sometime takut menyinggung perasaan kekawan ke sbb yg banyak bc pun kekawan aku gak, so sometime takut tlisan tu tetiba boleh memusnahkan persahabatan ke apa ke, so aku simpan je....(complicatedkan???,cmne nak berblog kalu cam2)...tu le...spatutnya blog jadi tmpat luahan perasaan,tp aku x selesa plak nak cite suma hal2 yg berlaku dlm blog....malu kalu kawan2 lama aku terbaca....wakaka...camne??

5) aku suka lawat2 blog org, tp aku malu nak tinggalkan komen spy lawat blik blog aku....haha...pdahal bukan diorang kenal aku pun kan....tp oleh krn sifat pemalu yg bgtu menebal dlm dri aku ni (boleh caya??)malumalumalu.....akhirnya aku punya blog kurg dilawat,kalu ade yg mlawat pun dkalangan org2 yg rapat ngan aku je....camne??

6) ape lg ek???tgk tu...sbnarnya aku byk gile idea nk tls td, tp bile da start tulis hlang plak tetiba idea2 aku...haha....haru3jelir

so skg aku masih menimbang2 nak trus ke nak buang je blog ni.....hehhe....kalu nak trus aku terpaksalah berubah ckit.....xleh nak malu2 dah....kena buat satu ANJAKAN PARADIGMA ni....brlah nmpk blog aku idup.....kan3????

so.....pe lg S.F.Y, u go girl!!!!!!!!!!!!!!!!!!....tp3 kan kalu aku msh lg xleh nak buat anjakan paradigma kononnya, aku rase nak tutuplah:wave: blog ni...hehhe

Tuesday, May 19, 2009

MaMPu Ke???

Salam...
hehe...nak cite.....
sebenarnyakan tujuan murni ku waktu cuti sem ini adalah utk menghadam sehingga lumat 2 buku spt di bawah:

buku ni best(abaikan tangan yg kelihatan sgt tembam itu)..heheini kerana den sebenarnya amat berminat ngan kos yg den amik skg iaitu (kewangan islam), jd den rase 2 buah buku ni amat bagus utk dibaca sbb satu mengenai issue dlm kwangan islam dan satu lagi bgaimana islamic banking kat Mlaysia ni dipraktikkan.....mmg best kalu aku dpt khatam......sbb skg ni ade benda yg agak samar2 yg perlukan pemahaman lebih lagi melalui buku2 yg perlu dibaca........

tpkan...hehe...bile di rumah sebenarnya amatlah susah utk merealisasikan impian yg satu ni...sbbnya bile di rumah kemalasan mengatasi segalanya....jgn katakan nak baca, nak bukak pun belum tentu....huhu....gudaan di rumah sgt byk ye tuan puan....hehe...so doa2kanlah cite2 den tuk mengkhatam buku ni mnjadi kenyataan...walaupun tingkat peratus kemalasan melebihi paras kerajinan ni.............

Friday, May 15, 2009

XiE XiE LaO ShI

Salam...
nak cite ckit psl mandarin.
akhirnya tamat gak sesi pengajian mandarinku
rase berbahagianya......
sem dpn dah xyah nak hafal hanzi...
i like it....hehhe
x tau napa.....subjek lain walau susah camne aku leh pupuk minat lg....
tp utk mandarin, kalu aku belajo rajin2 sure2 A dlm tgn....
tp still xleh nak pupuk rase minat
bayangkan....dah 4 sem aku belajo.....
x tentu aku leh paham walau ckit org cina ckp pe....
sayangkan???huhu
tp itulah hakikatnya.....
bayangkan lg...
utk 2 sem sblum ni subjek yg plg teruk gred yg aku dpt ialah
MANDARIN.....haha.....
tp cubalah camne pun, aku still xleh nak rase minat pd tulisan hanzi yg perlu dihafal yg kadangkala tulisannya bg aku x logik utk diingat....heheh
tp tulah...sebenarnya kalu nak seribu daya, kalu x nak jdlah mcm den
anyway, serius, berakhirlah satu penyiksaan aku di campus sbb
sem dpn xyah belajo MAndarin lgggggg........yeah (hehe...melampaukan i)
anyway, still nak wish xie xie to laoshi....
hehe....bg aku laoshi lah lecturer plg sabar dan komited sekali....
bayangkan kami (especially aku)...
selalu antar asement lambat.....tp die x penah marah.....tu yg
'wo xi huan laoshi'...heheh....



handsome x laoshi i???hehe

Sunday, May 3, 2009

HaTi?????

Tiga tahap hati

(Sumber: Harian Metro)

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:


1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.


Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.

Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.

Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

p/s : smg kite tergolong di dalam org yg2 mempunyai hati pertama....Amin...