Saturday, October 25, 2008

Bicara Kata

Kadang-kadang manusia melihat hanya menggunakan mata kasar,
terlupa adanya mata hati.

Selalu-selalu manusia bercakap tanpa kenal, membiarkan hati yang lain terasa.
Acap kali, bila mulut terlancar kata,
pelbagai helah akan diberi.. setiap kalinya.

Mulut salah bicara, pohonlah maaf.
Kerana, setiap kali… bila kita berbicara selalunya kita berkata.. aku telus
dalam menyampaikan rasa.Tetapi, bila kita pula jadi sasaran mangsa, kita melatah bagai nak gila.

Selalu, bila kita menyampaikan rasa, dan mereka tidak dapat menerima..
Lalu, kita bilang…
Mereka tidak prfessional..
Low self-esteem..

Wahai saudara,Kulemparkan kembali kata itu pada mukamu,
Malah pada mukaku,

Mengapa kau menari rentak perang?
Bila kau diprotes,
Pabila kau dikritik…?
Mana logikmu, mana warasmu?
Yang selalu-selalu kaudendangkan itu?

Kita lupa,
Bila kita dipijak.
Kita melatah,Bila terkena.
Walhal,Kita gah,Bila kita yang memijak,

Mendabik dada dan mengata.

Dan selalu-selalu…Kita lupa.
Sedarlah…Kita tidak pada setiap masa memijak..


nukilan ni bkn aku wat, tp aku amik drpd seseorang, aku pun tak tau sapa (kpd yg empunya nukilan, sory ek curi utk paste kat cni)

bila baca balik nukilan ni mmg betul pun.....

setiap apa yg nak keluar drpd mulut kite tu mestilah kita fikirkan impaknya pada yg lain jugak...
sesetengah org mungkin dpt terima tp mungkin sesetengah x dpt terima....
teringat plak lirik lagu bicara kata drpd kumpulan in-Team....

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian

Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang Yang tajamnya bisa membunuh lawan

Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga

Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita Jangan disalah guna
Yang merah itu saga

Yang kurik itu kendi Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia

Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

kata-kata yg kuar drpd mulut kita ni mmg memberi impak yg sungguh besar.....kadang2 hanya dgn sebaris kata je mampu membuat seseorang tu bermasam muka, terguris perasaannya, hilang keyakinan diri dan lain-lain lagi

kekadang bila kita bercakap kita kena berfikir dahulu, samada akan bg kesan positif or negatif....kalau bercakap dulu baru berfikir......kadang2 dah terlambat........memetik kata2 dalam lirik lagu in-team tu:

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya

tak semua org mampu terima bila kita sgt berterus-terang.....kadang2 mungkin dia seorang yg sgt sensitif.....jadi perkataan yg terlampau berterus terang adalah tidak sesuai.....ade banyak cara sebenarnya utk menasihati org....
kita boleh gunakan cara yg berhemah, kiasan ke......cara yg boleh buat seseorang dpt menerima sesuatu nasihat dgn lebih terbuka........

kadang2 org kata "aku xnak jd hipokrit", kekadang bukan soal hipokrit....tp soal bgaimana kata2 tu memberi impak pd org lain.....misalannya, kalaulah perkataan yg kita nak keluarkan tu lebih buatkan byk kesan yg sgt buruk berbanding kesan yg baik..........bagi saya baik kita pendamkan sahaja takpun mgkin kita boleh menegur secara lemah-lembut dan berhemah dan tidak memalukan seseorang....

p/s: saje je nak menulis benda ni...tetiba dtg idea plak nak mengulas tentang kata-kata......peringatan utk diriku jugak supaya lebih berhati-hati dalam setiap perkataan yg hendak dikeluarkan spy tiada hati yg terluka....


Sekadar pandangan...........
S.F.Y



3 comments:

  1. errkkk.......tima...ape kes??

    bhs sastera..x tahannnnnnnnnnnn...\(^o^)/

    ReplyDelete
  2. hehe....skadar sedikit luahan rase...
    aahahaha...
    bila lagi nak bersastera kan????

    ReplyDelete
  3. tmah...
    uiks..mcm sasterawan negara...
    bagus nasihat ko beri tu...
    terkena diriku jua..
    kihkihkih..
    anyway..
    all the best to changing our self into a good n better one.,,

    ReplyDelete