Saturday, January 17, 2009

S.A.H.A.B.A.T

TIPS ERATKAN PERSAHABATAN

"Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya
mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu
pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.


""Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."

Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.

Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...


SUMBER: http://ukhwah.com

artikel yg baik....
peringatan utk diriku jugak dalam bersahabat.....
smg ukhuwah yg terbina kekal selamanya.........
I luv all my Prend......

3 comments:

  1. tmah....
    sama la...hrp artikel nie memberi pengajaran pd sume org termsk diriku sendiri..love all my frenz especially u...^_^

    ReplyDelete
  2. haha...
    i luv u also ana....
    keh3

    ReplyDelete
  3. 1 lg yg aQue rs penting dlm b'sahabat nie, jan t'lalu b'sopan between each other..
    xnya apa, kalo ada apa2 snang tuk xpress..hehehe

    ReplyDelete